Girls Planet 999

Girls Planet 999: The Girls Saga (Hangul: 걸스플래닛999: 소녀대전, hanya disebut sebagai Girls Planet 999) adalah sebuah rancangan pertandingan realiti Korea Selatan yang akan datang yang akan ditayangkan secara perdana di Mnet pada 6 Ogos 2021 jam 8:20 malam KST dan akan ditayangkan selama 12 episod mingguan sehingga episod akhir pada 22 Oktober. Tujuan pertandingan ini adalah untuk melancarkan kumpulan gadis 9 orang ahli baru yang terdiri daripada pelatih dan idola dari China,[lower-alpha 1] Jepun dan Korea Selatan. Ujibakat untuk pertandingan diadakan dari bulan Januari hingga Februari 2021.Dari 13,000 pemohonan, 99 peserta akhir dipilih; dengan jumlah yang sama berasal dari tiga negara yang mengambil bahagian.[1]

Girls Planet 999

Bahasa Korea
Negara asal Korea Selatan
Syarikat pengedaran CJ E&M
Lagu pembukaan "O.O.O (Over&Over&Over)" (oleh semua peserta)
Syarikat penerbitan
Pengacara Yeo Jin-goo
Siaran asal 6 Ogos 2021 (2021-08-06) – 22 Oktober 2021 (2021-10-22)
Bilangan episod 12
Genre Realiti
Saluran asal Mnet